Tuesday, March 31, 2009

In memory...

Salam semua...pasti semua membaca berita tentang kemalangan yang membabitkan 4 kenderaan, 13 mangsa dan seorang maut yang dimuatkan hampir kesemua warta utama negara hari ini (Selasa 31.3.2009). Mummy sudah mendengar berita kemalangan itu semalam (30.3.2009) dalam lebih kurang pukul 10 pagi. Bagaimana mummy boleh tahu lebih awal tentang berita kemalangan itu sebelum disiarkan dalam berita hari ini? Sebab insan yang maut dalam kemalangan itu ialah sahabat baik, rakan baik, kawan rapat, malah boleh mummy umpamakan sebagai seorang ibu terhadap mummy. Rakan sekerja mummy mendapat panggilan telefon dari Bilik Mayat HKL meminta untuk mencarikan waris pada arwah. Arwah yang mummy panggil dengan panggilan "Kak Ra". Arwah Rakiah Assani Hassan Basri ialah seorang yang mummy kenal rapat, walaupun usia perkenalan kami belum pun hampir setahun, kami seolah-olah rakan lama yang sudah lama mengenali. Jarak usia kami yang 15 tahun menyebabkan mummy menganggap dia umpama seorang ibu. Lantaran mummy hidup dirantauan orang, arwahlah yang banyak menasihati mummy, mendorong mummy dan teman yang rapat dengan mummy. Arwah memahami jiwa seorang anak yang jauh dirantauan seperti mummy. Arwah seorang yang berjiwa kental, berhati waja, komited dengan segala urusannya, rajin serta berani. Mummy sangat terasa kehilangannya sebab mummy rapat dengan arwah. Berita kemalangan arwah semalam membuatkan mummy hilang fokus dan lemah semangat. Betul ke apa yang mummy dengar? itu yang berlegar dalam kotak fikiran mummy. Tetapi setelah disahkan oleh abang ipar arwah bahawa yang meninggal itu ialah betul-betul arwah, airmata mummy mengalir jua..."Kak Ra pergi jauh jua", bisik hati mummy. Mummy masih terasa lagi arwah masih disisi mummy, mummy dapat rasa lagi pelukan terakhir arwah meminta maaf dari mummy dengan kata2 arwah yang mummy tafsir sebagai gurauan seminggu yang lalu..."Manalah tahu tak jumpa lagi lepas ni. Akak dah pergi jauh" sebab arwah memang suka bergurau. Hari Jumaat malam (malam Sabtu) mummy baru je berbual rancak dengan arwah. Dalam sekelip mata, arwah sudah tiada. Mummy tidak dapat membayangkan bagaaimanakah dengan anak2 arwah, suami arwah yang masih cedera, ibunya yang memang bergantung hidup dengan arwah. Khabarnya sebelum kemalangan,arwah dan suami pergi menjenguk anak mereka yang kemalangan juga di Shah Alam. Tetapi Allah lebih menyayangi arwah. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

5 comments:

  1. nak baca lebih lengkap bacalah kat blog asal penulis ondscene@blogspot.via.my

    Rasa-rasa cerita kawan akak ni mesti ada dalam iniii...yang dalam blog sejahtera tuu, ciplak punya story kak

    ReplyDelete
  2. tolong bagitau pada blog yg anda komen mengenai kes kemalangan itu, dia sebenarnya ciplak dan mengaku sebagai dia yg buat kes2 dlm blognya. sedangkan lebih seprauh, diciplak dan ditukar kpd nama dia.
    sila lawat ondscene.via.my. sesuatu yg amat menyedihkan susah payah org lain, tetapi mengaku hak sendiri.

    ReplyDelete
  3. Macam ya lah idup di dunia...

    ReplyDelete