Wednesday, March 11, 2009

Rehat seketika bersama coklat!

Hari ni mummy balik lewat dari sekolah. Almaklumlah ada kelas tambahan, memang takde chance la nak balik on time. Ond way balik, terserempak pulak dengan road block. Padanla jalan jem sepanjang mummy nak balik tu. Sesampai je kat umah, ujan lebat mencurah-curah...sejuk beb! Time ujan-ujan ni tdo pun sedap...tapi mummy tak boleh nak tido...macam-macam dalam kepala otak mummy ni. Keja banyak sangat. Jadi cikgu ni bukan balik umah terus abis keja, tapi kejanya bersambung sampai kat umah dan sampai hari esok. Nasib baiklah mummy ni jenis yang tegar. Rasa-rasanya nak tulis sikit pasal diri mummy. Agaknya boleh release tension skit.

Kalau dulu mummy ni seorang yang cepat bosan dengan rutin, sebab dulu mummy ni suka keja yang banyak outdoor, keja-keja yang banyak bertumpu kat satu ruang je menyebabkan mummy stress & kepala otak boleh biol! Belajar dulu pun ambik sains marin, ingatkan boleh la kerja yang banyak luar dari pejabat. Alih-alih jadi cikgu. Alhamdulillah, ini rezeki sebenarnya yang Allah bagi kat mummy sebab mummy sempat menganggur 2 bulan je. Sebelum dapat peluang ke maktab mummy ada buat keja lain. Yang memohon KPLI untuk mummy pulak ialah abang mummy. Agaknya, profesion guru ni sesuai untuk mummy kot..almaklumlah perempuan!
Yang mummy ni pulak sebelum tu buat tak tahu je. Ingatkan main-main la abang mummy ni isi online KPLI, rupa-rupanya betul. Sampai nak pegi test ni, mummy tak bersedia dari segi mental. Nasib baiklah IQ mummy ni ok and memory mummy ni berskala besar banyak Gigabyte.(gelakkan diri sendiri ni...macam angkat bakul pulak). Jadi dengan apa yang ada dalam kepala, mummy bawaklah jugak pegi test MTEST tu. Last-last fenin jugak dengan soalan maut mummy tawakal je. Kalau dah rezeki mummy nak jadi cikgu, tetapi akan datang pada mummy jugak. After a few months, mummy dapat panggilan interbiu pulak. Mummy takla sangka sampai boleh interbiu. Pagi yang indah tu, mummy pegi dengan dihantar pakcik teksi dari tempat keja mummy. Gabra, gelabah, gelisah, nebes jugak ni tengok orang-orang yang datang interbiu ni macam-macam yang dibaca. Mummy doa dan tawakal jugak sama seperti lepas mummy pegi test tu. Mummy bukan tak minat, cuma mummy sayang lagi keje lama mummy.
Tibalah turn mummy, mummy rasa bukan macam masuk interbiu. Tapi dah macam sesi bercerita pulak. Dipendekkan cerita 5 Disember 2004 mummy resign kat tempat keje mummy, Januari 2005 mummy daftar kat Maktab Perguruan Rajang, Bintangor untuk tempoh setahun. Januari 2006 mummy dipostingkan ke Johor. Lokasinya di SK Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram. Sekali lagi mummy terpaksa tinggalkan tanah tumpah darah mummy setelah sekian lamanya mummy tinggalkan (sedih tau sebab sejak abis study kat UKM, mummy sempat bermanja bermesra dengan ayah dan mak mummy sekejap je...huhuhu). Penghujung 2006 mummy kawin, dapat baby boy 2007, transfer ikut hubby ke Perak 2008. Lot of travelling during that period of time. Even during my pregnancy, mummy sering berulang dari Johor ke Perak. Nowadays, mummy dah plan nak transfer balik SARAWAK. Tunggu green light dari boss suami pulak. Tak sabar je rasa.

Mummy nak back off sekejap. Nak masak, solat dan buat keja kerani skit. Love & peace!

No comments:

Post a Comment