Sunday, July 26, 2009

Boring Sunday...

Salam semua..boringnya ari tok....dah sepanjang ari mummy terperuk dalam umah...molah keja yang maok di pass up esok. Kira ari tok la dateline nya. Mummy rasa deadline jak...hahahahah...Kepak rasa nyawa ngadap komputer, mummy makan..snack n apa jak yang ada di dapur. Kejap2 jak nak makan. Dah makan ya ngantok la pulak...Ish...Ish...Ish..gurin ya sempat gik terlelap. Hubby sekda kat umah...pegi ngail kat kolam belakang taman tok. Kadang-kadang mummy rasa ada bagusnya hubby pegi ngail...pakenya exercise..nya dah kurus balit. Dolok badannya nait sampe 96kg...perut dolok nampak kedepan . Nang nya sik nampak gemuk sebabnya tinggi, tapi nya rasa nya dah sik fit. Badannya nait lekaknya derma darah. Then, lamak juaknya madah nak turunkan berat badan...do another physical training nang sekda. So nya empun mula kontrol makan. Siang nya cuma breakfast & minum susu jak sampe kamek 2 meli berkotak2 susu low fat & susu soya (mummy pun tumpang la minum skali...hehehehe). Lunch time nya nang sekda makan. Petang, nya balit keja nang nya pegi ngail...keluar peluh juak katanya. Mula2 ya sik pecayak juak macam ne nak kurus exercise harap ngan ngail jak. Tapi after 3 month, nang badannya susut, especially perutnya dah flat balit. Kinek tok berat badannya 78kg. Seluarnya banyak dah loose. Hobinya yang suka ngail ya aku sik penah larang...bagus baginya bagus juak bagi mummy. Cuma semenjak mummy pregnant tok, mummy dah malas nak ikutnya walaupun nya banyak kali ngajak mummy. Mummy takut mummy nusah nya jak...kejap2 ajak balit...heheheh ne dapat jauh dari makanan & toilet. Oklah...kelak sambung gik...nak kuar jap. Daaaaaa

Saturday, July 25, 2009

I'm Back!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam semua....i'm back on track! Rasa dah lama mummy tinggalkan blog tok. Rasa rindu nak ngabas blog. tapi mummy nang sikda masa. Ne gik nak melayan rasa mabuk2 nak! Pergh...seksa kali jak rasa pregnant time tok. Tapi kinek tok...alhamdulillah....nausea vomitting no more! Bye-bye...kinek tok dah masuk 5 bulan. My tummy pun dah nampak. Selera makan dah ok. But i can't take any food at nite...just couple glass of milk and healthy snack. Day time, I can eat more than 3 serving...kejap2 jak rasa nak makan. Nya selang 2, 3 hours lapar balit...So in my hand bag full of cream crackers pake kunyahan sementara nak makan nasik...Huhuhu....kuat makan la pulak. Within a month I gain more than 2kg's! But my hubby madah sikda pun nampak gemuk...then mummy rasa baby kuat makan...heheheh....Keja pun makin banyak mummy pun makin sibuk...maklumlah nak...UPSR sik lamak gik. Time tok la juak mcm2 xtvt kat sekolah. Ari tok tek mummy molah presentation on action research yang mummy start molah bulan 4 ya tek...On Monday need to pass up the report to the PPD...Malam tadik mummy nang bena nak nyiapkan power pointnya...Ne tauk tiba2 jak orang JPN datang spotcheck..Mun sik jalan nang siaplah di fire sidak JPN...tapi semuanya dah settle on time! Rindu ngan blog tok!!! Kelak2 mummy update gambar..Wawan dah pande kelaka...Best jak rasa kelaka ngannya...Sik lamak gik nya dapat adik...Blum scan gik...hubby sik sabar nak tauk laki ka pempuan...Okla...mummy stop lok...nak masak..

Sunday, May 17, 2009

Warded!!!!!!

salam semua...mummy br jak kuar wad. admit ari rabu ya tek...ari tok tghari baru discaj. sakit bena mummy entam mabuk muntah ditambah gik dengan migrain yang 3shot direct...memang seksa bena rasa. doc & staff suma bait2. yang mummy sik tahan, sebab tekpaksa banyak2 minum air kosong sampe kembung perut mummy tok. mummy drip nearly 23 botol air. last drip dextrose...oklah kelak mummy smabung gik. nak sambung rest. doc berik sampe esok MC.heheheheheh.....thnx doc.

Friday, May 8, 2009

Sik Tahan....Panassssssssssssss

Salam semua. Di Bidor tok panas sepanas-panasnya. Sik penah rasa sepanas tok. Then hubby mok nak masang aircond dalam bilit. Tunggu bajet cukup. Hehehehe...tambah-tambah gik mummy tengah mabuk2...makin nak manas jak rasa..Ne gik dengan mummy nangis nangga makanan sebab mummy lapar tapi mummy langsung sik boleh nak telan apa pun kecuali bread, oat dengan susu. Masak? Dah macam tok hubby jak masak pake makan nya empun. Kesian juak mummy nangganya...tapi mummy sik boleh langsung nangga dapur. Hubby pun kesian nangga mummy, yalah nya sik mintak pun mummy masak. Apa nak dimasaknya nang nyaman, sebabnya nang pande masak...tapi mummy langsung sik dapat nak makan. Sedihnyaaaaaaaa...... Malam-malam hubby picit-picit kaki & belakang mummy. Even mummy mabuk2 mummy boleh gik drive pegi sekolah. Macam marek hubby sampe call mummy banyak kali nangga mummy sik balit gik dah jam 5ptg. Nya takutlah mummy sik dapat nak drive balit umah. Marek mummy ada latihan dlm perkhidmatan. Penat lelah kepak ya sik payah ceritalah.Tambah2 gik keadaan mummy mcm tok....mabuk lagi! sabar jak la...Tapi apa2 pun mummy bersyukur sebab plan mummy nak berik abg Wawan adik tahun tok sukses...

Sunday, May 3, 2009

Mabuk lagi!!!!!!

Salam semua...dah lama mummy tak update blog ni. Nak berbahasa sarawak pulak untuk entri ni. Sebenarnya mummy nang bz bena dengan keja mummy. Keja yang sik penah la berkurang...bertambah gik ada. Mummy baruk jak celebrate birthday yang ke 29. Huhu...next year mummy dah 30! Then, hubby nang plan nak celebrate la. Simple but nice. Kek birthday pun very2 nice. Blueberry cheese cake...hahahah...nang nyaman. Sampe mummy rasa sik sampe ati nak abiskan. Sayang! Mummy pun sik harapkan gilak hadiah dari hubby cuma doa dan kasih sayangnya yang paling penting pake mummy. Tapi mauk juak nak meli. Mummy sikda la demand, cuma mummy penah madah dengannya mummy dah lamak sik meli handbag. Handbag lamak dah lusuh bena. Purse mummy pun dah sikda rupa purse. Tapi nya meli pake bday mummy. THNKS A LOT HUBBY...CAYANG HUBBY! Then, after a few days, mummy baru perasan yang mummy rasa lain macam. Baruk perasan dah lamak sik "P". Lately pun mummy rasa sik tentu nak makan, ada muntah2 angin. Aik...mummy tok pregnant ka? Ari tok hubby ajak beli UPT. Jeng...jeng...jeng....SAH....MEMANG SAH...WAWAN AKAN DAPAT ADIK BARU!!!!!!!!!!!!!!!!...
Tok la hadiah paling berharga dari hubby untuk mummy....heheheheeh....tapi yang sik tahannya memang mabukla....ADOI...dekat2 nak mothers day tok...tok la part of my life in this 2009 yang paling bahagia....Yahoooooooooooooooooooooo............................

Monday, April 20, 2009

Ngerinyerrrrrrrrrrr...

Happy monday to all. Hari ni Perak cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak semalam. Jadi mummy ari ni takdela monday blues...hehehehehe...Actually takde ape sangat yang mummy nak share sebab takde idea sangat. Cuma nak ceritakan skit tentang kemalangan yang berlaku depan jalan besar depan rumah mummy, Jalan Bidor-Tapah. Jalan ni memang laluan treller dan lori-lori besar@ transformers sebab diaorang ni nak elakkan tol. Tu yang jalan depan tu memang kena berhati-hati sebab jalan lurus jadi memang lajula transformers ni lalu.
Alkisahnya kemalangan tu berlaku last two night, Sabtu malam la. Nearly midnight, around 11.45 pm macam tu. Sebenarnya mummy dah landing kat bilik dah time tu. Sempat terlelap sekejap. Then hubby panggil mummy..Sayup2 je suara dia. "Mummy, nape tido awal? Esok kan cuti...jom la tengok tv ni. Lepak2 la dulu.." kata hubby...alahai kecian pulak. Tapi memang betul mummy ni asal jam dah pukul 10 ke atas memang dah ngantuk sangat. Baru nak terlelap tu la terdetik pulak dalam hati, 'ha'a lah...aku pun dah jarang lepak2 dengan hubby sampai lewat2 macam ni.'...Mummy pun bangun la jugak. Tengok hubby dah senyum lebar...Borak2 tengok tv, rancangan ape yang kitaorang tengok mummy pun tak ingat, tiba-tiba hubby ajak lepak kat luar umah..dating la. Then neighbour kita orang, Ravi & daughters baru balik dari kuar makan bagitahu ada orang eksiden depan jalan besar tu. Hubby & Ravi pun pegilah ke tempat kejadian. Padanlah mummy dengar siren polis & ambulan bagai nak rak depan jalan tu. Mulanya mummy tak kisah sangat bunyi siren2 tu sebab dah lali dengar bunyi siren2 tu. Sekolah sebelah hospital, maka setiap masa dan ketika dengar bunyi ambulan.
Mummy tunggulah berita dari hubby yang balik dari tempat kejadian. Hubby cerita ada dua orang budak lelaki eksiden motor. Seorang budak Melayu & sorang lagi India. Yang budak Melayu tu cedera parah, patah kaki ke tangan dan dibawak terus ke hospital. Yang budak India tu pulak mati ditempat kejadian dengan kecederaan teruk dikepala...kepalanya pecah dan otaknya tersembul keluar...memang dah patah riuk. Yang peliknya, motorsikal yang ditunggang oleh mamat ni, terus terbabas kira-kira sejauh 150 meter dari mayat dia dijumpai...betul2 depan jalan nak corner ke rumah mummy.
Hipotesis mummy, mungkin dia dan budak lagi sorang tunggang laju, then budak Melayu tu menghentam motor mamat India ni dari belakang dengan kuat. Then mamat India ni tercampak dari motor dia (TZM) dan motor dia terus meluncur ke hadapan tanpa kawalan. Sebab motor dia memang jauh dari mayatnya. Kemalangan itu bunyi je dah mengerikan. Mummy tak nak pegi tengok sebab hubby cakap darah mamat India tu mengalir macam air paip pecah. Satu lagi, jalan ni jalan lurus, memang kenderaan semua laju2 belaka. Hari Selasa tu pun kemalangan di jalan yang sama tapi jauh sikit dari tempat kejadia tadi. Seorang Bangla terbongkang kat tengah2 jalan. Ni kes langgar lari la pulak awal pagi. Jalan ni memang gelap sebab tiada lampu jalan. Jadi, kenalah beringat juga nak drive. Mummy takut tengok orang motor bawak motor. Ikut suka hati kepala otak dia je nak bawak laju2, potong jalan, tak beri signal, takde lampu lebih2 lagi awal pagi. Memang la tak beradab di jalanraya. Apa2 pun doakan perjalanan kita ke mana sahaja selamat dari segala kemalangan. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Allahu Akbar!

Saturday, April 18, 2009

Petua oh Petua

PETUA IMAM SYAFI'E



4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan:
1. Makan daging


2. Memakai haruman

3. Kerap mandi

4. Berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)


2. Selalu cemas

3. Banyak minum air ketika makan

4. Banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan Mata:
1. Duduk mengadap kiblat


2. Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih



Empat perkara merosakan Mata:
1. Memandang najis


2. Melihat orang dibunuh

3. Melihat kemaluan

4. Membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong


2. Rajin bersugi (gosok gigi)3

. Bercakap dengan orang soleh

4. Bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI:
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian Langit Dan bumi.




2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH:
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam...




3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA:
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan Makanan yang banyak dimakan.




4. TIDUR SYAITAN:
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.*




Kepada Saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi Amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang Berkekalan bagi Orang yang mengamalkannya.

Kisah Disebalik Solat 5 Waktu

Salam semua...thanks sebab masih sudi membaca dan mengomen dalam blog mummy ni. Ni ade lagi yang member mummy mintak kongsikan bersama2...Allahu Akbar!

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah : 237 )

Kisah Di Balik Solat 5 Waktu

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'" Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:

Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,

Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi,

Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib engan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulk! an permintaannya.

Solat Isya' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh para Rasul- Rasul sebelumku,

Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:
Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar."(Al-Baqarah : 155) Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malamJumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur! mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Friday, April 17, 2009

Cinta Beralih Arah Salah Siapa?

Salam semua...mummy bz sgt sebab ada monitoring dari pihak jabatan...Tapi sempat lagi nak memblog ni. Jom kita kongsikan bersama emel yang mummy dapat dari kawan mummy ni.


Tatkala matahari menyerlahkan sinarnya, tiba-tiba mendung berarak kelabu. Suami yang dikasihi tiba-tiba beralih perhatian kepada si dia. Kasih beralih arah selalunya disebabkan oleh keadaan rumah tangga yang hambar. Hubungan yang kian longgar membuat suami beralih arah kepada orang ketiga yang dirasainya lebih menyenangkan. Sebelum anda mencari salah siapa, renungkanlah 12 cara mengembalikan keharmonian rumah tangga di bawah. Jika semua perkara itu sudah anda lakukan dan perkahwinan anda masih tidak bersinar, mungkin anda perlu ambil langkah drastik kerana memang sudah tidak ada jodoh!

Perkahwinan
Renungi kembali mengapa anda berkahwin. Jika perkahwinan anda dahulu disebabkan oleh nafsu dan cinta, tentunya sukar mempertahankan keharmonian rumah tangga.

Hal ini kerana cinta dan nafsu boleh berkurangan & lupus. Sekiranya perkahwinan yang anda lakukan itu di atas dasar iman, sudah pasti anda dan pasangan sedaya upaya menerangi rumah tangga dengan cahaya keimanan. Semakin kuat iman anda semakin erat hubungan anda suami isteri. Perkahwinan di atas dasar keimanan menjadikan anda dan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya pada tugas-tugas yang diberikan dan disarankan oleh agama.

Bagi pasangan yang berkahwin kerana nafsu dan cinta, ubah persepsi itu sekarang.

Belajar Ilmu Perkahwinan - Berjaya mendapat sijil Kursus Perkahwinan bukanlah tanda yang anda kini sudah mampu menjadi suami dan isteri yang baik. Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang ilmu perkahwinan. Misalnya belajar dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. Ketahui hukum-hukum syarak perkahwinan. Ikut petua-petua rumah tangga yang boleh diperoleh dari orang terdahulu.

Niat - Simpan niat berkahwin hingga ke hujung hayat. Bukan hingga ke anak cucu shaja! Mohon pada Allah agar keharmonian rumah tangga anda kini berada dalam keadaan yang dirahmati.

Campur tangan orang luar - Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan. Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan. Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja. Berjumpalah dengan kaunselor keluarga jika masalah yang anda berdua hadapi tidak mampu diselesaikan bersama dan memerlukan orang ketiga. Kaunselor adalah orang yang paling sesuai kerana mereka mempunyai etika yang tidak bias kepada sesiapa.

Keterampilan - Jangan salah anggap selepas menjadi suami atau isteri, kebersihan dan keterampilan diri tidak perlu dijaga. Sebaiknya apabila kita bergelar isteri atau suami, penampilan perlu lebih baik terutama apabila di hadapan pasangan. Jangan pula bila keluar anda bergaya, di rumah pakai apa yang ada!! Jaga keterampilan anda supaya sejuk mata pasangan memandang.

Belajar tolong menolong - Jika dahulu, kebanyakan isteri tidak bekerja. Tugas sebagai surirumah memerlukan isteri membuat kerja rumah sendirian. Namun, atas desakan ekonomi pada masa kini menyebabkan isteri terpaksa turut serta mencari nafkah. Oleh kerana kerja isteri semakin bertambah, suami perlu menolong isteri melakukan kerja-kerja ringan di rumah. Misalnya membasuh baju, menyidai dan melipat. Atau tugas paling mudah suami boleh lakukan adalah menjaga anak semasa isteri sedang membuat kerja rumah.
Sekiranya suami dan isteri mampu, upahlah pembantu. Pembantu rumah boleh menolong isteri menyelesaikan tugas-tugas di rumah tanpa rasa tertekan. Kurang stress akan mengurangkan ketegangan hubungan suami isteri.
Intim - Jangan jadikan anak sebagai penghalang hubungan suami isteri. Sebaiknya, anak adalah penyambung kepada ikatan keintiman anda berdua. Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan. Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks.

Jaga Kesihatan - Kebanyakan masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan. Kesihatan di sini bukan tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja tetapi lebih daripada itu seperti kesihatan mental dan emosi. Misalnya, masalah stress perlu ditangani segera. Elakkan dari dijangkiti penyakit yang membahayakan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks. Banyak pasangan yang ingin bercerai disebabkan oleh masalah kesihtan, jadi jangan anggap masalah ini ringan.

Kurangkan Syak - Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan. Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti. Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.
Berpandangan Jauh - Ingat, perjalanan hidup anda jauh lagi. Pasangan bukanlah rakan anda untuk satu ketika sahaja tetapi teman yang akan duduk di sebelah anda dari hari anda bernikah sehingga ke hujung nyawa. Jika anda berpandangan sebegini, maka anda tidak mudah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati pasangan.
Cari Persamaan - Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dpat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain. Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri. Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi? Jika dahulu suami akan memimpin tangan isteri semasa melintas jalan, kenapa kini berjalan jarak sebatu antara satu sama lain? Ingat kembali detik indah ketika bercinta dan wujudkan kembali detik itu walauun sudah menjadi pasangan yang sah dan sudah beranak-pinak.

Bersyukur dan terima seadanya - Tidak bersyukur dengan apa yang ada pada pasangan adalah tanda-tanda mulanya rumah tangga bermasalah. Sana tak cukup...sini salah...situ kurang...dan sebagainya. Bahkan, jerawat tumbuh di atas hidung pasangan pun menjadi masalah besar. Mengapa perlu merungut? Sebaliknya, berterima kasih kerana anda dijodohkan dengannya kerana setiap pasangan itu mempunyai keserasian. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari di mana keserasian itu bersembunyi.