Happy monday to all. Hari ni Perak cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak semalam. Jadi mummy ari ni takdela monday blues...hehehehehe...Actually takde ape sangat yang mummy nak share sebab takde idea sangat. Cuma nak ceritakan skit tentang kemalangan yang berlaku depan jalan besar depan rumah mummy, Jalan Bidor-Tapah. Jalan ni memang laluan treller dan lori-lori besar@ transformers sebab diaorang ni nak elakkan tol. Tu yang jalan depan tu memang kena berhati-hati sebab jalan lurus jadi memang lajula transformers ni lalu.
Alkisahnya kemalangan tu berlaku last two night, Sabtu malam la. Nearly midnight, around 11.45 pm macam tu. Sebenarnya mummy dah landing kat bilik dah time tu. Sempat terlelap sekejap. Then hubby panggil mummy..Sayup2 je suara dia. "Mummy, nape tido awal? Esok kan cuti...jom la tengok tv ni. Lepak2 la dulu.." kata hubby...alahai kecian pulak. Tapi memang betul mummy ni asal jam dah pukul 10 ke atas memang dah ngantuk sangat. Baru nak terlelap tu la terdetik pulak dalam hati, 'ha'a lah...aku pun dah jarang lepak2 dengan hubby sampai lewat2 macam ni.'...Mummy pun bangun la jugak. Tengok hubby dah senyum lebar...Borak2 tengok tv, rancangan ape yang kitaorang tengok mummy pun tak ingat, tiba-tiba hubby ajak lepak kat luar umah..dating la. Then neighbour kita orang, Ravi & daughters baru balik dari kuar makan bagitahu ada orang eksiden depan jalan besar tu. Hubby & Ravi pun pegilah ke tempat kejadian. Padanlah mummy dengar siren polis & ambulan bagai nak rak depan jalan tu. Mulanya mummy tak kisah sangat bunyi siren2 tu sebab dah lali dengar bunyi siren2 tu. Sekolah sebelah hospital, maka setiap masa dan ketika dengar bunyi ambulan.
Mummy tunggulah berita dari hubby yang balik dari tempat kejadian. Hubby cerita ada dua orang budak lelaki eksiden motor. Seorang budak Melayu & sorang lagi India. Yang budak Melayu tu cedera parah, patah kaki ke tangan dan dibawak terus ke hospital. Yang budak India tu pulak mati ditempat kejadian dengan kecederaan teruk dikepala...kepalanya pecah dan otaknya tersembul keluar...memang dah patah riuk. Yang peliknya, motorsikal yang ditunggang oleh mamat ni, terus terbabas kira-kira sejauh 150 meter dari mayat dia dijumpai...betul2 depan jalan nak corner ke rumah mummy.
Hipotesis mummy, mungkin dia dan budak lagi sorang tunggang laju, then budak Melayu tu menghentam motor mamat India ni dari belakang dengan kuat. Then mamat India ni tercampak dari motor dia (TZM) dan motor dia terus meluncur ke hadapan tanpa kawalan. Sebab motor dia memang jauh dari mayatnya. Kemalangan itu bunyi je dah mengerikan. Mummy tak nak pegi tengok sebab hubby cakap darah mamat India tu mengalir macam air paip pecah. Satu lagi, jalan ni jalan lurus, memang kenderaan semua laju2 belaka. Hari Selasa tu pun kemalangan di jalan yang sama tapi jauh sikit dari tempat kejadia tadi. Seorang Bangla terbongkang kat tengah2 jalan. Ni kes langgar lari la pulak awal pagi. Jalan ni memang gelap sebab tiada lampu jalan. Jadi, kenalah beringat juga nak drive. Mummy takut tengok orang motor bawak motor. Ikut suka hati kepala otak dia je nak bawak laju2, potong jalan, tak beri signal, takde lampu lebih2 lagi awal pagi. Memang la tak beradab di jalanraya. Apa2 pun doakan perjalanan kita ke mana sahaja selamat dari segala kemalangan. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Allahu Akbar!
berhati2 lah kita di jalan raya :)
ReplyDeletesemoga semua org slamat tak gitu ye.
dijemput mummy join contest saya kalau da kelapangan.