Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Friday, March 27, 2009

Helooooooooooooooo.....

Salam semua. Dah seminggu rasanya mummy tak buat entry...biasalah, bila sekolah dah mula, mummy pun sibuk jugaklah dengan keja2 sekolah. Jadi, tak sempat nak buat entri, cuma sempat buka blog, baca2 blog2 orang. Jeles tau tengok orang lain ada masa update blog. Huhuhuh....Mummy bz sgt dengan keja sekolah yang 'satu pergi seploh mari...' Esok pun mummy kena datang sekolah...hari SABTU lagi tau sebab sekolah ada program Hari Profesional. Hari Profesional ni macam internal course la. Yang lagi 'dasyatnyer' sampai pukul 3 tu....aduyai...ingatkan boleh la mummy nak berehat lama2 skit di hujung minggu. Apa boleh buat 'saya yang menurut PERINTAH'. (Bak kata mak kamek kerja PERENTAH jadi iuktlah PERINTAH.) Nasib baik esok hubby ada projek ikan dengan geng2 dia. Jadi takdelah dia bosan sesorang kat umah. Biasanya kita orang mmg selalu buat xtvt memprojekkan ikan ni. Memandangkan mummy ada program kat skool esok, terpaksalah mummy tak ikut. Wuaaaaaaaaa....Apa2 pun hubby dah janji nak pegi jenjalan dengan mummy Ahad ni. destinasi tak tau lagi. Tungguuuuuu.....

Wednesday, March 18, 2009

PTK oh PTK!

Salam semua...Ari tok mummy nak nulis entri dalam bahasa Sarawak. Rindu nak nulis dalam bahasa Sarawak tok. Mummy sebelum tok banyak entri dalam BM sebab ada student mummy yang baca blog mummy. Sebenanya mummy rasa malas bena ari tok. Bukan sebab mummy angol nanda kerta peksa miak, tapi mummy angol sebab esok nak pegi test PTK. Mummy tok bukannya apa. Mummy sik da study langsung. Mana yang keja gomen ya tauklah PTK ya apa. Bagi yang sik tauk PTK ya singkatan pake Penilaian Tahap Kecekapan. Last yer mummy ada ambik. Tapi kes yang sama juak sebab sik study. Mummy masa ya baruk jak pindah ke sekolah ya tek. Gik rasa lelah nak study. Palak gik serabut. Yalah result pun 3,3. (paper umum & paper P&P). Tahun tok...malas bena sebab ada banyak keja mummy nak kenak polah...setegal angol lah tek mummy bukak laptop, online & berblogging la tok. Rilek2 check emel, nangga2 blog orang, check blog dirik empun...

Mauk juak nak cerita pasal PTK tok tek apakabendanya....

Tujuan PTK tok..
1. Mendorong sikap maok bekerjasama sebagei teamwork
2. Menggalakkan life-long learning yang ngembak kemajuan dirik kita empun
3. Memperakui kebolehan kita yang keja gomen tok dengan adanya pelaksanaan KENAIKAN PANGKAT ataupun ANJAKAN GAJI....(tok yang selalu menjadi perhatian orang keja gomen sebenanya)
4. Pake membaiki kualiti human resource melalui peningkatan ketrampilan dan kecekapan
5. Merupakan sigek insentip yang kuat pake kita keja gomen tok nambah gik motivasi & kualiti keja kita.

KENAIKAN GAJI adalah salah sigek insentip kuat pada sapa2 jak yang bekerja. Mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM), mun nak dapatkan ANJAKAN GAJI dengan KENAIKAN PANGKAT tok, seseorang yang keja gomen hendaklah lulus PTK tok tek, selain dari dapat SUPPORT KETUA JABATAN & dapat PRESTASI TAHUNAN yang BAGUS. Mauk diingatkan juak bahawa, orang keja gomen tok sik semestinya ambik test PTK tok, tapi sapa2 jak sik ambik nya sik layak dapat anjakan gaji. Sidaknya cuma dapat KENAIKAN GAJI BIASA ikut skala gaji tertentu.

Yalah serba sikit tentang PTK tok. Mummy belum ada mood nak study buku PTK yang tebal2 tok. Lalu tebal mata mummy nangga bukunya. Mummy nak nyiapkan fail2 panitia & fail program sekolah. Keja kerani keja cikgu juak. JANGAN INGAT JADI CIKGU KINEK TOK NGAJAR JAK. CIKGULAH POLIS, CIKGULAH DOKTOR, CIKGULAH KERANI, CIKGULAH GUARD, CIKGULAH MACAM2. JADI CIKGULAH KERJA SEGALA KERJA. :)Mun zaman aunty2, uncle2 mummy yang banyak keja ngajar tok, dolok marek menar keja cikgu tok ngajar jak. Jadi mauk amalkan sikap SABAR....SABAR....SABAR DAN SABAR. Mun hilang sabar, palak pun boleh hilang. :) Oklah mummy nak sambung keja mummy. LOVE AND PEACE!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 11, 2009

Worth reading.....

Mari kita baca sama-sama dapatan ini. Peace.



Nilai Sebuah Pekerjaan (read during your leisure time)



Peringatan untuk diri-sendiri, pasangan, rakan-rakan, saudara-saudaradan adik-adik yg bakal mengharungi alam kerjaya (@ our future doctor).May Allah be our great CEO...

"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepasmempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R.Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. "Sebab minat biologi?", saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. "Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk. "Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawatibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertamaboleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa.Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluargabukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya,profesionalisma" , saya menyambung provokasi. "Kamu nak tolong suami,isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dananak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terusmencucuk jarum. "Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadispecialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorbanialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban,melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kitaberjaya", saya berkongsi cerita. Saya sengaja mengacah pelajar-pelajardi IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidangperubatan. Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahubahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar,anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidakada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuatprogram pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku.Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, andamesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadiAJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibatmenjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain,ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiadainsentif. Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untukkecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlahkenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.Bukan calang-calang kerja. Anda mahu menjadi pelajar perubatan keranamahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amatmemerlukan pelbagai pertolongan itu nanti. "Maka, apa tujuan anda mahumenjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, keranasemua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan dirisendirilah yang perlu menjawabnya.



PERSOALAN NILAI



Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAHPEKERJAAN?



Dalam sebuah kehidupan. Jika seorang isteri mengungkit dihadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yangtidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya. Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan hargapada layanannya terhadap seorang lelaki. Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ialakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian. Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akanmencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.



NILAI DUIT



Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi. Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya,industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi. Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk.Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum,bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output ddaripadanya merunsingkan saya. Itu, belum lagi dikorek kisah suami diJohor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur . Trend ini berlaku danmerebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu denganoutputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulangke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah. Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?



NILAI - HARGA - KORBAN



Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumahtangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah hargayang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asasbekerja. Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, 'mereka adalah generasi yang kesunyian'. Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yangtiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANGdan PERHATIAN. Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat "Begin With the End in Mind".Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan, jurutera dsb.



TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN



Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawapada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar,mungkin sistem itu sendiri. Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.



PROVOKASI DEMI MASA DEPAN



Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembalisiapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi. Kita sebagaihamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikandiri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah. Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. Buat baik kepada sesamamanusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta dipinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah padamenjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia,melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.



JIKA KERJA JADI IBADAH



Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di matainsan. Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamakmenghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya. Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN. Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja. Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia caraterbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya. Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Tuesday, March 10, 2009

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat
ini
akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang
digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada
kenaikan
gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua,
kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada
kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan
kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana
mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja.Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor. Ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu
boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya
tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan
menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah kolum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan
apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil
anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya
tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

HR DEPARTMENT
PAK PANDIR CORP.