Tuesday, March 10, 2009

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat
ini
akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang
digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada
kenaikan
gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua,
kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada
kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan
kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana
mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja.Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor. Ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu
boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya
tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan
menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah kolum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan
apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil
anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya
tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

HR DEPARTMENT
PAK PANDIR CORP.

No comments:

Post a Comment