Monday, March 16, 2009

Hua...hua...hua....

Jom kita layan lawak-lawak yang boleh memutuskan urat kentut anda....hahahahahahaha...

Lawak 1
Gajah Pengsan Kerana Semut
Suatu hari, seekor semut mendatangi seekor gajah. Sang semut menghampiri sang gajah lalu membisikkan sesuatu ke telinganya. Berkerut-kerut wajah sang gajah mendengarkan apa yang diperkatakan oleh sang semut. Setelah mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh sang semut, tiba-tiba sang gajah jatuh pengsan! Penjelasan sang semut, "Aku hamil...dan kau adalah bapaknya!"

Lawak 2
Pasti Dan Mungkin
seorang anak bertanya kepada ayahnya
Anak: Ayah, adakah orang cerdas selalu menjawab dengan perkataan 'mungkin' sedangkan orang bodoh selalu menjawab dengan perkataan 'pasti'?
Ayah : Pasti nak! Eh...eh...mungkin....

Lawak 3
Nak Cepat
Di sebuah kaunter membeli tiket penuh dengan penumpang. Para petugas juga kelihatan sangat sibuk dengan urusan masing-masing. Dalam keadaan sesak itu, tiba-tiba seorang lelaki meluru ke depan kaunter tanpa beratur terlebih dahulu. Petugas di kaunter itu mengerutkan dahi.
"Encik tak boleh buat macam ni. Nanti penumpang lain marah. Orang lain dah lama beratur" kata si petugas kaunter.
"Lama sangat dah ni...dekat setengah jam dah saya tunggu" jawab lelaki itu.
"Kami telah berusaha untuk melakukan sesuatu sepantas yang mungkin, maaf, encik terpaksa beratur dibelakang sana" kata petugas itu lagi.
"Berani awak berkata macam tu, awak tahu saya ni siapa?" sergah lelaki itu sambil bercekak pinggang. Petugas kaunter itu menggelengkan kepala lalu mencapai mikrofon dan membuat pengumuman....
"Tuan-tuan dan puan-puan, ada seorang lelaki di depan kaunter ini yang tidak kenal siapa dirinya. Sesiapa yang mengenali lelaki ini sila ke depan. Terima kasih."
Lelaki itu terus berlalu dengan wajah yang bengang dan sebal...

Lawak 4
Siapa Handal?
Ree: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut dengan dia.
Mat: Eleh, bapa aku lagi handal. Kalau dia suruh orang tunduk, semua orang tunduk.
Ree: Wow! Bapa kau kerja apa?
Mat: Tukang gunting rambut....

No comments:

Post a Comment