Salam semua. Mummy baru je lepak kat rumah. Tadi on the way balik dari survey pancing, mummy terus hantar hubby pegi keje. Nanti petang mummy nak kena jemput pulak. Biasalah berhantar berjemput ni. Bukan selalu. Dulu masa mummy tak reti lagi pegang stereng, dialah bersusah payah bangun awal semata-mata nak hantar mummy pegi keja. Almaklumlah cikgu kena pegi skool awal. Dia start keja pukul 8. Tengah hari pulak bergegas nak jemput mummy. Sanggup dia berulang alik semata-mata kerana risaukan keselamatan mummy. Sekarang ni ikut masa dialah nak bangun pukul berapa semenjak mummy dah ada lesen ni. Kadang-kadang time mummy cuti dia nak merasa jugak mummy yang 'hantar-jemput' dia dari tempat kerja. Jadi, mummy pun takde masalah nak hantar & jemput dia. Boleh juga la mummy merayau-rayau dalam kem tu.
Sebenarnya mummy nak berkongsi tips yang mummy baca dalam buku yang ditulis oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Abdullah Hassan yang bertajuk ' Menjalin Hubungan Bahagia'. Ada satu chapter yang elok untuk mummy kongsikan bersama iaitu, bergurau senda dan bermain-main. Menurut penulis aktiviti bergurau senda dan sakat menyakat mempunyai makna dan peranan yang penting dalam kebahagiaan rumah tangga. Ini berkaitan dengan kemesraan antara suami dan isteri dimana mereka menjadi lebih akrab, rapat dan mesra jika hubungan disulami dengan aktiviti bergurau senda, bermain-main dan sakat menyakat. Bukan setakat hubungan antara suami isteri sahaja yang menjadi mesra, malah ini akan mempengaruhi minda dan emosi yang sihat. Menurut penulis lagi, antara aktiviti bermain-main yang sering dilakukan oleh suami isteri ialah :
1. Sakat menyakat
Ini aktiviti bagi suami isteri yang sudah rapat kerana ia menggunakan kata-kata yang boleh menyakitkan hati. Sama ada isteri atau suami akan menyakat pasangan masing-masing dengan kata-kata yang menyakitkan hati,dengan nada bergurau. Masing-masing mempunyai persefahaman berkenaan dengan pantang larang yang mesti dijaga dan mempunyai jenis-jenis usikan atau ejekan yang boleh mereka terima sebagai mainan sahaja.
2. Bahasa rahsia
Suami isteri yang rapat dan mesra mempunyai permainan bahasa yang mereka cipta untuk kegunaan dan kefahaman diri mereka berdua sahaja. Bahasa yang mereka gunakan boleh mngurangkan kesan-kesan nagatif konflik yang timbul antara mereka berdua. Maka tercipta juga simpulan bahasa yang hanya difahami oleh keduanya. Pasangan ini juga mempunyai perbendaharaan kata yang luas dalam menggambarkan aktiviti 'sihat' meraka serta bahasa lawak yang hanya difahami oleh mereka sendiri.
3. Main peranan
Aspek main peranan penting dalam menjalin hubungan mesra. Sama ada pihak suami atau isteri atau kedua-duanya akan berlakon sebagai watak tertentu atau mengajuk pasangan masing-masing. Sebagai contoh, si suami berlagak seperti harimau yang ingin menerkam mangsanya.
4. Permainan fizikal
Tanpa kata-kata, pasangan juga boleh bermain secara fizikal seperti menggeletek satu sama lain, berkejar-kejar, gigit-menggigit, mendukung pasangan. Permainan ini juga adalah salah satu cara untuk menguruskan konflik antara pasangan.
5. Bergosip
Pasangan yang rapat dan intim gemar bergosip-gosip. Kadang-kala mereka suka memberikan nama-nama jolokan kepada kawan-kawan mereka, ataupun kaum kelaurga ataupun orang-orang yang mereka kenal. Bergosip juga salah satu media untuk memberitahu secara berlapik akan isi hati atau kehendak pasangan mereka.
6. Bersandiwara
Kadang-kadang suami isteri berlakon dan bersandiwara utnuk tontonan orang-orang lain dengan tujuan untuk mereka sendiri berseronok-seronok. Kadang kala mereka 'berperang' depan keluarga atau kawan-kawan kemudian mereka perhatikan apakah penerimaan orang-orang yang menyaksikan lakonan mereka itu.
Penulis juga berpendapat bahawa aktiviti bermain-main ini elok untuk kesihatan kerana mereka dapat melegakan tuhun badan, tekanan dan emosi masing-masing. Suami isteri yang dikatakn sudah mencapai peringkat hubungan yang mendalam adalah mereka yang kasih pada pasangannya, mereka juga merasa dekat dengan pasangannya, merekameletakkan kepercayaan yang tinggi pada pasangannya dna mereka mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pasangannya. Ciri-ciri permainan pasangan yang benar-benar rapat ialah yang peling ketara ialah bahan yang mereka mainkan ialah bahan-bahan yang sama dan diulang-ulang sepanjang sejarah hidup mereka berdua. Apabila sudah jemu dengan bahan itu, mereka akan menukarnya dengan bahan yang baru. Masing-masing tahu dan menghormati peraturan yang mereka gunakan semasa bermain-main. Suami tahu perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai isteri dan begitu juga bagi pihak isteri terhadap suami.
Cara-cara mereka bermain juga ialah ibarat bertepuk kedua belah tangan. Apabila seorang mula menyakat, nan ti yang seorang lagi akan membalas dengan menyakat juga. Apabila seorang mula mencubit dan melawak, pasangannya juga membalas dengan perlakuan yang sama. Permainan ini tidak terlalu kerap dilakukan. Ia adalah masa untuk berehat dan mencari kelegaan ditengah-tengah suasana perhubungan yang serius. Pasangan seolah-olah ada time setting untuk berehat-rehat dan bermain-main dari masa ke masa, masing-masing faham masa-masa itu.
Faktor utama bagi membina hubungan yang intim dan mesra bukanlah masa yang banyak. Yang lebih berperanan mencipta keintiman dan kemesraan adalah teknik komunikasi komunikasi yang digunakan oleh suami isteri semasa mereka sedang berinteraksi.
Mummy: Apa-apa pun semuanya bertitik tolak dari pasangan itu sendiri. Macam mummy dan hubby, masa untuk bersama tidak menentu. Masa hubby banyak outsation sebenarnya banyak mengundang rasa rindu mummy untuk hubby sentiasa berada dirumah. Hubby pulak seorang yang kuat menyakat dan melawak. Dia seorang yang penuh dengan eleman kejutan. Terasa sangat-sangat jika dia tiada dirumah kerana mummy rasa 'hantu sakat' hilang seketika. Mummy sangat-sangat menghargai masa-masa bersama hubby kerana mummy pernah dihambat masa kesunyian tahap dewa dimana mummy tiada bersamanya selama setahun dikala mummy masih bertugas di Johor yang tengah sarat mengandungkan si comel Wawan. Dengan segala ketabahan yang ada mummy gagah jugak mengharungi hari-hari getir bersendirian. Itulah sekarang mummy lebih menghargai masa bersamanya. Love and peace.
PDalam kehidupan berumahtangga, kita berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita.
Pertama Untuk 2019
-
Pertama untuk 2019? Ataukah akan jadi yang pertama dan terakhir? Kaedahnya
update blog setahun sekali? Bila lihat balik, kali terakhir pada tahun
2015..s...
5 years ago
No comments:
Post a Comment