Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

Warded!!!!!!

salam semua...mummy br jak kuar wad. admit ari rabu ya tek...ari tok tghari baru discaj. sakit bena mummy entam mabuk muntah ditambah gik dengan migrain yang 3shot direct...memang seksa bena rasa. doc & staff suma bait2. yang mummy sik tahan, sebab tekpaksa banyak2 minum air kosong sampe kembung perut mummy tok. mummy drip nearly 23 botol air. last drip dextrose...oklah kelak mummy smabung gik. nak sambung rest. doc berik sampe esok MC.heheheheheh.....thnx doc.

Friday, May 8, 2009

Sik Tahan....Panassssssssssssss

Salam semua. Di Bidor tok panas sepanas-panasnya. Sik penah rasa sepanas tok. Then hubby mok nak masang aircond dalam bilit. Tunggu bajet cukup. Hehehehe...tambah-tambah gik mummy tengah mabuk2...makin nak manas jak rasa..Ne gik dengan mummy nangis nangga makanan sebab mummy lapar tapi mummy langsung sik boleh nak telan apa pun kecuali bread, oat dengan susu. Masak? Dah macam tok hubby jak masak pake makan nya empun. Kesian juak mummy nangganya...tapi mummy sik boleh langsung nangga dapur. Hubby pun kesian nangga mummy, yalah nya sik mintak pun mummy masak. Apa nak dimasaknya nang nyaman, sebabnya nang pande masak...tapi mummy langsung sik dapat nak makan. Sedihnyaaaaaaaa...... Malam-malam hubby picit-picit kaki & belakang mummy. Even mummy mabuk2 mummy boleh gik drive pegi sekolah. Macam marek hubby sampe call mummy banyak kali nangga mummy sik balit gik dah jam 5ptg. Nya takutlah mummy sik dapat nak drive balit umah. Marek mummy ada latihan dlm perkhidmatan. Penat lelah kepak ya sik payah ceritalah.Tambah2 gik keadaan mummy mcm tok....mabuk lagi! sabar jak la...Tapi apa2 pun mummy bersyukur sebab plan mummy nak berik abg Wawan adik tahun tok sukses...

Sunday, May 3, 2009

Mabuk lagi!!!!!!

Salam semua...dah lama mummy tak update blog ni. Nak berbahasa sarawak pulak untuk entri ni. Sebenarnya mummy nang bz bena dengan keja mummy. Keja yang sik penah la berkurang...bertambah gik ada. Mummy baruk jak celebrate birthday yang ke 29. Huhu...next year mummy dah 30! Then, hubby nang plan nak celebrate la. Simple but nice. Kek birthday pun very2 nice. Blueberry cheese cake...hahahah...nang nyaman. Sampe mummy rasa sik sampe ati nak abiskan. Sayang! Mummy pun sik harapkan gilak hadiah dari hubby cuma doa dan kasih sayangnya yang paling penting pake mummy. Tapi mauk juak nak meli. Mummy sikda la demand, cuma mummy penah madah dengannya mummy dah lamak sik meli handbag. Handbag lamak dah lusuh bena. Purse mummy pun dah sikda rupa purse. Tapi nya meli pake bday mummy. THNKS A LOT HUBBY...CAYANG HUBBY! Then, after a few days, mummy baru perasan yang mummy rasa lain macam. Baruk perasan dah lamak sik "P". Lately pun mummy rasa sik tentu nak makan, ada muntah2 angin. Aik...mummy tok pregnant ka? Ari tok hubby ajak beli UPT. Jeng...jeng...jeng....SAH....MEMANG SAH...WAWAN AKAN DAPAT ADIK BARU!!!!!!!!!!!!!!!!...
Tok la hadiah paling berharga dari hubby untuk mummy....heheheheeh....tapi yang sik tahannya memang mabukla....ADOI...dekat2 nak mothers day tok...tok la part of my life in this 2009 yang paling bahagia....Yahoooooooooooooooooooooo............................

Monday, April 20, 2009

Ngerinyerrrrrrrrrrr...

Happy monday to all. Hari ni Perak cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak semalam. Jadi mummy ari ni takdela monday blues...hehehehehe...Actually takde ape sangat yang mummy nak share sebab takde idea sangat. Cuma nak ceritakan skit tentang kemalangan yang berlaku depan jalan besar depan rumah mummy, Jalan Bidor-Tapah. Jalan ni memang laluan treller dan lori-lori besar@ transformers sebab diaorang ni nak elakkan tol. Tu yang jalan depan tu memang kena berhati-hati sebab jalan lurus jadi memang lajula transformers ni lalu.
Alkisahnya kemalangan tu berlaku last two night, Sabtu malam la. Nearly midnight, around 11.45 pm macam tu. Sebenarnya mummy dah landing kat bilik dah time tu. Sempat terlelap sekejap. Then hubby panggil mummy..Sayup2 je suara dia. "Mummy, nape tido awal? Esok kan cuti...jom la tengok tv ni. Lepak2 la dulu.." kata hubby...alahai kecian pulak. Tapi memang betul mummy ni asal jam dah pukul 10 ke atas memang dah ngantuk sangat. Baru nak terlelap tu la terdetik pulak dalam hati, 'ha'a lah...aku pun dah jarang lepak2 dengan hubby sampai lewat2 macam ni.'...Mummy pun bangun la jugak. Tengok hubby dah senyum lebar...Borak2 tengok tv, rancangan ape yang kitaorang tengok mummy pun tak ingat, tiba-tiba hubby ajak lepak kat luar umah..dating la. Then neighbour kita orang, Ravi & daughters baru balik dari kuar makan bagitahu ada orang eksiden depan jalan besar tu. Hubby & Ravi pun pegilah ke tempat kejadian. Padanlah mummy dengar siren polis & ambulan bagai nak rak depan jalan tu. Mulanya mummy tak kisah sangat bunyi siren2 tu sebab dah lali dengar bunyi siren2 tu. Sekolah sebelah hospital, maka setiap masa dan ketika dengar bunyi ambulan.
Mummy tunggulah berita dari hubby yang balik dari tempat kejadian. Hubby cerita ada dua orang budak lelaki eksiden motor. Seorang budak Melayu & sorang lagi India. Yang budak Melayu tu cedera parah, patah kaki ke tangan dan dibawak terus ke hospital. Yang budak India tu pulak mati ditempat kejadian dengan kecederaan teruk dikepala...kepalanya pecah dan otaknya tersembul keluar...memang dah patah riuk. Yang peliknya, motorsikal yang ditunggang oleh mamat ni, terus terbabas kira-kira sejauh 150 meter dari mayat dia dijumpai...betul2 depan jalan nak corner ke rumah mummy.
Hipotesis mummy, mungkin dia dan budak lagi sorang tunggang laju, then budak Melayu tu menghentam motor mamat India ni dari belakang dengan kuat. Then mamat India ni tercampak dari motor dia (TZM) dan motor dia terus meluncur ke hadapan tanpa kawalan. Sebab motor dia memang jauh dari mayatnya. Kemalangan itu bunyi je dah mengerikan. Mummy tak nak pegi tengok sebab hubby cakap darah mamat India tu mengalir macam air paip pecah. Satu lagi, jalan ni jalan lurus, memang kenderaan semua laju2 belaka. Hari Selasa tu pun kemalangan di jalan yang sama tapi jauh sikit dari tempat kejadia tadi. Seorang Bangla terbongkang kat tengah2 jalan. Ni kes langgar lari la pulak awal pagi. Jalan ni memang gelap sebab tiada lampu jalan. Jadi, kenalah beringat juga nak drive. Mummy takut tengok orang motor bawak motor. Ikut suka hati kepala otak dia je nak bawak laju2, potong jalan, tak beri signal, takde lampu lebih2 lagi awal pagi. Memang la tak beradab di jalanraya. Apa2 pun doakan perjalanan kita ke mana sahaja selamat dari segala kemalangan. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Allahu Akbar!

Friday, April 17, 2009

Cinta Beralih Arah Salah Siapa?

Salam semua...mummy bz sgt sebab ada monitoring dari pihak jabatan...Tapi sempat lagi nak memblog ni. Jom kita kongsikan bersama emel yang mummy dapat dari kawan mummy ni.


Tatkala matahari menyerlahkan sinarnya, tiba-tiba mendung berarak kelabu. Suami yang dikasihi tiba-tiba beralih perhatian kepada si dia. Kasih beralih arah selalunya disebabkan oleh keadaan rumah tangga yang hambar. Hubungan yang kian longgar membuat suami beralih arah kepada orang ketiga yang dirasainya lebih menyenangkan. Sebelum anda mencari salah siapa, renungkanlah 12 cara mengembalikan keharmonian rumah tangga di bawah. Jika semua perkara itu sudah anda lakukan dan perkahwinan anda masih tidak bersinar, mungkin anda perlu ambil langkah drastik kerana memang sudah tidak ada jodoh!

Perkahwinan
Renungi kembali mengapa anda berkahwin. Jika perkahwinan anda dahulu disebabkan oleh nafsu dan cinta, tentunya sukar mempertahankan keharmonian rumah tangga.

Hal ini kerana cinta dan nafsu boleh berkurangan & lupus. Sekiranya perkahwinan yang anda lakukan itu di atas dasar iman, sudah pasti anda dan pasangan sedaya upaya menerangi rumah tangga dengan cahaya keimanan. Semakin kuat iman anda semakin erat hubungan anda suami isteri. Perkahwinan di atas dasar keimanan menjadikan anda dan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya pada tugas-tugas yang diberikan dan disarankan oleh agama.

Bagi pasangan yang berkahwin kerana nafsu dan cinta, ubah persepsi itu sekarang.

Belajar Ilmu Perkahwinan - Berjaya mendapat sijil Kursus Perkahwinan bukanlah tanda yang anda kini sudah mampu menjadi suami dan isteri yang baik. Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang ilmu perkahwinan. Misalnya belajar dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. Ketahui hukum-hukum syarak perkahwinan. Ikut petua-petua rumah tangga yang boleh diperoleh dari orang terdahulu.

Niat - Simpan niat berkahwin hingga ke hujung hayat. Bukan hingga ke anak cucu shaja! Mohon pada Allah agar keharmonian rumah tangga anda kini berada dalam keadaan yang dirahmati.

Campur tangan orang luar - Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan. Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan. Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja. Berjumpalah dengan kaunselor keluarga jika masalah yang anda berdua hadapi tidak mampu diselesaikan bersama dan memerlukan orang ketiga. Kaunselor adalah orang yang paling sesuai kerana mereka mempunyai etika yang tidak bias kepada sesiapa.

Keterampilan - Jangan salah anggap selepas menjadi suami atau isteri, kebersihan dan keterampilan diri tidak perlu dijaga. Sebaiknya apabila kita bergelar isteri atau suami, penampilan perlu lebih baik terutama apabila di hadapan pasangan. Jangan pula bila keluar anda bergaya, di rumah pakai apa yang ada!! Jaga keterampilan anda supaya sejuk mata pasangan memandang.

Belajar tolong menolong - Jika dahulu, kebanyakan isteri tidak bekerja. Tugas sebagai surirumah memerlukan isteri membuat kerja rumah sendirian. Namun, atas desakan ekonomi pada masa kini menyebabkan isteri terpaksa turut serta mencari nafkah. Oleh kerana kerja isteri semakin bertambah, suami perlu menolong isteri melakukan kerja-kerja ringan di rumah. Misalnya membasuh baju, menyidai dan melipat. Atau tugas paling mudah suami boleh lakukan adalah menjaga anak semasa isteri sedang membuat kerja rumah.
Sekiranya suami dan isteri mampu, upahlah pembantu. Pembantu rumah boleh menolong isteri menyelesaikan tugas-tugas di rumah tanpa rasa tertekan. Kurang stress akan mengurangkan ketegangan hubungan suami isteri.
Intim - Jangan jadikan anak sebagai penghalang hubungan suami isteri. Sebaiknya, anak adalah penyambung kepada ikatan keintiman anda berdua. Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan. Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks.

Jaga Kesihatan - Kebanyakan masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan. Kesihatan di sini bukan tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja tetapi lebih daripada itu seperti kesihatan mental dan emosi. Misalnya, masalah stress perlu ditangani segera. Elakkan dari dijangkiti penyakit yang membahayakan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks. Banyak pasangan yang ingin bercerai disebabkan oleh masalah kesihtan, jadi jangan anggap masalah ini ringan.

Kurangkan Syak - Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan. Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti. Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.
Berpandangan Jauh - Ingat, perjalanan hidup anda jauh lagi. Pasangan bukanlah rakan anda untuk satu ketika sahaja tetapi teman yang akan duduk di sebelah anda dari hari anda bernikah sehingga ke hujung nyawa. Jika anda berpandangan sebegini, maka anda tidak mudah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati pasangan.
Cari Persamaan - Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dpat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain. Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri. Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi? Jika dahulu suami akan memimpin tangan isteri semasa melintas jalan, kenapa kini berjalan jarak sebatu antara satu sama lain? Ingat kembali detik indah ketika bercinta dan wujudkan kembali detik itu walauun sudah menjadi pasangan yang sah dan sudah beranak-pinak.

Bersyukur dan terima seadanya - Tidak bersyukur dengan apa yang ada pada pasangan adalah tanda-tanda mulanya rumah tangga bermasalah. Sana tak cukup...sini salah...situ kurang...dan sebagainya. Bahkan, jerawat tumbuh di atas hidung pasangan pun menjadi masalah besar. Mengapa perlu merungut? Sebaliknya, berterima kasih kerana anda dijodohkan dengannya kerana setiap pasangan itu mempunyai keserasian. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari di mana keserasian itu bersembunyi.

Wednesday, March 11, 2009

Rehat seketika bersama coklat!

Hari ni mummy balik lewat dari sekolah. Almaklumlah ada kelas tambahan, memang takde chance la nak balik on time. Ond way balik, terserempak pulak dengan road block. Padanla jalan jem sepanjang mummy nak balik tu. Sesampai je kat umah, ujan lebat mencurah-curah...sejuk beb! Time ujan-ujan ni tdo pun sedap...tapi mummy tak boleh nak tido...macam-macam dalam kepala otak mummy ni. Keja banyak sangat. Jadi cikgu ni bukan balik umah terus abis keja, tapi kejanya bersambung sampai kat umah dan sampai hari esok. Nasib baiklah mummy ni jenis yang tegar. Rasa-rasanya nak tulis sikit pasal diri mummy. Agaknya boleh release tension skit.

Kalau dulu mummy ni seorang yang cepat bosan dengan rutin, sebab dulu mummy ni suka keja yang banyak outdoor, keja-keja yang banyak bertumpu kat satu ruang je menyebabkan mummy stress & kepala otak boleh biol! Belajar dulu pun ambik sains marin, ingatkan boleh la kerja yang banyak luar dari pejabat. Alih-alih jadi cikgu. Alhamdulillah, ini rezeki sebenarnya yang Allah bagi kat mummy sebab mummy sempat menganggur 2 bulan je. Sebelum dapat peluang ke maktab mummy ada buat keja lain. Yang memohon KPLI untuk mummy pulak ialah abang mummy. Agaknya, profesion guru ni sesuai untuk mummy kot..almaklumlah perempuan!
Yang mummy ni pulak sebelum tu buat tak tahu je. Ingatkan main-main la abang mummy ni isi online KPLI, rupa-rupanya betul. Sampai nak pegi test ni, mummy tak bersedia dari segi mental. Nasib baiklah IQ mummy ni ok and memory mummy ni berskala besar banyak Gigabyte.(gelakkan diri sendiri ni...macam angkat bakul pulak). Jadi dengan apa yang ada dalam kepala, mummy bawaklah jugak pegi test MTEST tu. Last-last fenin jugak dengan soalan maut mummy tawakal je. Kalau dah rezeki mummy nak jadi cikgu, tetapi akan datang pada mummy jugak. After a few months, mummy dapat panggilan interbiu pulak. Mummy takla sangka sampai boleh interbiu. Pagi yang indah tu, mummy pegi dengan dihantar pakcik teksi dari tempat keja mummy. Gabra, gelabah, gelisah, nebes jugak ni tengok orang-orang yang datang interbiu ni macam-macam yang dibaca. Mummy doa dan tawakal jugak sama seperti lepas mummy pegi test tu. Mummy bukan tak minat, cuma mummy sayang lagi keje lama mummy.
Tibalah turn mummy, mummy rasa bukan macam masuk interbiu. Tapi dah macam sesi bercerita pulak. Dipendekkan cerita 5 Disember 2004 mummy resign kat tempat keje mummy, Januari 2005 mummy daftar kat Maktab Perguruan Rajang, Bintangor untuk tempoh setahun. Januari 2006 mummy dipostingkan ke Johor. Lokasinya di SK Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram. Sekali lagi mummy terpaksa tinggalkan tanah tumpah darah mummy setelah sekian lamanya mummy tinggalkan (sedih tau sebab sejak abis study kat UKM, mummy sempat bermanja bermesra dengan ayah dan mak mummy sekejap je...huhuhu). Penghujung 2006 mummy kawin, dapat baby boy 2007, transfer ikut hubby ke Perak 2008. Lot of travelling during that period of time. Even during my pregnancy, mummy sering berulang dari Johor ke Perak. Nowadays, mummy dah plan nak transfer balik SARAWAK. Tunggu green light dari boss suami pulak. Tak sabar je rasa.

Mummy nak back off sekejap. Nak masak, solat dan buat keja kerani skit. Love & peace!

Just think of it!

Before marriage....

He: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: No! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course! Over and over!

She: Have you ever cheated on me?

He: No! Why are you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Every chance I get.

She: Will you hit me?

He: Are you crazy! I'm not that kind of person!

She: Can I trust you?

He: Yes.

She: Darling!



After marriage.... Simply read from bottom to top.

Mari Tangkap Hantu...hahahahaha

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.



Langsuir

Hantu Pompuan ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenungbalik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.



Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilahketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.



Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Caramengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya,ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.



Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.



Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.



Toyol

Hantu ni Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu



Hantu Ponteng

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam u alllerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, mc, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah baca e-mail nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..Sapa yg akn maluuuu?.... ..kamu dan kamu Sdn hehehehe.... .......!! ! jadi bawak-bawaklah buat kerja .......Wat le yg mane patut bile Boss nengok ek....jgn mare ek.

DARI SEORANG LELAKI....

Kata-kata ini dari seorang lelaki...



Wahai insan bernama wanita,kami bersyukur n menghormati keberadaan kamu semua,tp,ada masa,gunakanlah 'aqal',n bukannya hati semata mata...kerana hati,mati...kerna mulut,badan binasa....timbang2kanlah....sesungguhnya sabar itu separuh dpd iman...n hidup ini bukannya hanya sekadar utk menerima,tetapi MEMBERI.....!!!!

DARI SEORANG LELAKI Yang pompuan udah kawen tu….hehehe pass pass kat hubby u all utk dibaca.



Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI....... "Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki.. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.
Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati.

Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu menceng kam , semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya.. So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you .Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba t ida k kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BanZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main beyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup t ida k berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!Sekian terima kasih.

Tuesday, March 10, 2009

Perempuan Tak Boleh Mati Awal?!

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas....leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam....dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream....nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..


bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok....gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...



aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari.............Love and peace

Adamkah Ini?

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak".

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.



mummy: Kita berkongsi bahan yang ada. Based dgn apa yg dibaca ni nampak macam lelaki ni 'pantang ditegur'. Tetapi kaum Adam ni kena fikir2kanlah jugak apa yang diperkatakan. Ada pro dan kontranya. Untuk memperbaiki diri, mengingatkan diri sendri dan mana tahu mampu menjadi kaum Adam yang menjadi idaman semua kaum hawa. Love n peace!

Sejatikan Lelaki...

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu?



Ibuku menjawab, Nak...



Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikapbersahabatnya pada generasi muda bangsa...



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...



Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.......





mummy: mari kita 'sejatikan' lelaki-lelaki kesayangan kita :suami, bakal suami, dan anak-anak lelaki kita.

Untuk Suami,bakal suami & rujukan isteri, bakal isteri

Sekiranya ada kebenaran dari apa yang dinyatakan di bawah simpan untuk ingatan dan jadikan panduan demi kebaikan rumah tangga bersama....

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami
kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk
tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia
memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju
masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik
penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua
tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak
buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual
roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok
kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan
saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada
para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"



Mummy:

Apa-apa pun hidup berumah tangga, MESTI ada give and take. Masing-masing kena ambik tahu hati,perasaan pasangan masing-masing. Barulah aman. Hehehehehe....