Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Thursday, March 19, 2009

Heheheheheh......

Jom Heheheheheh

Juruselam
Seorang juruselam bernama KOMENG sedang melakukan latihan di lautan Indonesia pada kedalaman 50 meter. Sewaktu sedang menyelam di dasar laut, KOMENG bertemu seorang lelaki yang menyelam tanpa menggunakan sebarang alatan menyelam. KOMENG merasa hairan dan berfikir bagaimana lelaki itu boleh menyelam tanpa menggunakan peralatan. KOMENG terus menyelam lagi ke dasar laut sejauh 100m, 150m, 200m...akan tetapi apa yang makin menghairankannya lelaki itu tetap ada. KOMENG terus berkata kepada lelaki itu, "Kemampuan menyelam anda sungguh hebat dan boleh menyelam tanpa menggunakan alat menyelam pun". Lelaki itu kelihatan kurang senang apabila dipuji dan berkata "Aku menyelam??????....Aku ni tenggelam la bangang!" KOMENG terkejut bukan kepalang.


Mas Kahwin
Seorang pemuda bernama MAIL sedang duduk termenung dan kelihatan agak sugul serta kusut. Kawan baiknya RONI datang menyapa.
RONI : Hai MAIL....aku tengok kamu ni dari tadi monyok & moncong macam tikus mondok je..apakahalnye kamu jadi cengginih MAIL?
MAIL : Aku nak kawen. Aku tengah penin dengan mas kawen untuk bakal bini aku tu. Dia nak aku beri mas kahwin mengikut nama penuhnya, baru dia beri green light nak kawen ngan aku.
RONI : Owh...Ye ke? Sapa pulak nama bakal bini kamu tu?
MAIL : INTAN PERMATA BERLIAN EMAS BT. PERAK
RONI : ????????????????????

Monday, March 16, 2009

Hua...hua...hua....

Jom kita layan lawak-lawak yang boleh memutuskan urat kentut anda....hahahahahahaha...

Lawak 1
Gajah Pengsan Kerana Semut
Suatu hari, seekor semut mendatangi seekor gajah. Sang semut menghampiri sang gajah lalu membisikkan sesuatu ke telinganya. Berkerut-kerut wajah sang gajah mendengarkan apa yang diperkatakan oleh sang semut. Setelah mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh sang semut, tiba-tiba sang gajah jatuh pengsan! Penjelasan sang semut, "Aku hamil...dan kau adalah bapaknya!"

Lawak 2
Pasti Dan Mungkin
seorang anak bertanya kepada ayahnya
Anak: Ayah, adakah orang cerdas selalu menjawab dengan perkataan 'mungkin' sedangkan orang bodoh selalu menjawab dengan perkataan 'pasti'?
Ayah : Pasti nak! Eh...eh...mungkin....

Lawak 3
Nak Cepat
Di sebuah kaunter membeli tiket penuh dengan penumpang. Para petugas juga kelihatan sangat sibuk dengan urusan masing-masing. Dalam keadaan sesak itu, tiba-tiba seorang lelaki meluru ke depan kaunter tanpa beratur terlebih dahulu. Petugas di kaunter itu mengerutkan dahi.
"Encik tak boleh buat macam ni. Nanti penumpang lain marah. Orang lain dah lama beratur" kata si petugas kaunter.
"Lama sangat dah ni...dekat setengah jam dah saya tunggu" jawab lelaki itu.
"Kami telah berusaha untuk melakukan sesuatu sepantas yang mungkin, maaf, encik terpaksa beratur dibelakang sana" kata petugas itu lagi.
"Berani awak berkata macam tu, awak tahu saya ni siapa?" sergah lelaki itu sambil bercekak pinggang. Petugas kaunter itu menggelengkan kepala lalu mencapai mikrofon dan membuat pengumuman....
"Tuan-tuan dan puan-puan, ada seorang lelaki di depan kaunter ini yang tidak kenal siapa dirinya. Sesiapa yang mengenali lelaki ini sila ke depan. Terima kasih."
Lelaki itu terus berlalu dengan wajah yang bengang dan sebal...

Lawak 4
Siapa Handal?
Ree: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut dengan dia.
Mat: Eleh, bapa aku lagi handal. Kalau dia suruh orang tunduk, semua orang tunduk.
Ree: Wow! Bapa kau kerja apa?
Mat: Tukang gunting rambut....

Tuesday, March 10, 2009

Mee Bandung...Mee Bandung...Mee Bandung..

Mari baca dan......





Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ... Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...



Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ... "Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian. Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!! Poskad itu berbunyi ..."Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"







........bergelak-gelak sakan....huahuahuahuahuaaaa....