Thursday, April 9, 2009

Sejukkkkkkkkk....

Salam you alls..Mummy br balik dari sekolah terus online..Hujan lebat kat Bidor sekarang ni. Asal petang je hujan. Tapi best jugak sebab selesa nak tido malam sebab sejukkkk....hehehe...Nak diceritakan pasal hujan ni, teringat pulak kisah zaman kecik2 dulu. Zaman dulu best je mandi n main hujan. Airnya memang dah sah sejuk. Tapi dulu mane la nak kisah demam ke, selsema ke lepas mandi hujan. Nak tahu sebab ape? Sebab dulu environment kita ni tak tercemar macam zaman sekarang. Sekarang kalau hujan je, kena hujan mesti demam la...paling koman pun selsema. Hujan dulu2 best. Time kanak2 ribena dulu, asal nak main "rounders" (aka rondes...heheheh) memang tunggu time2 hujan. Dulu mummy and family duduk kat berek polis. Dalam kawasan berek tu ade padang yang cukup luas untuk kita orang adik beradik yang ramai ni nak main rondes ni. Kalau hujan je, mulalah projek rondes ni sebab hujan memberikan impak besar untuk aksi2 ganaz...(hehehehe.... bukan sampai membunuh keganazan nyer)...Aksi2 ganaz tu yang paling glamer pada kita orang adik beradik ni ialah sliding. Padang rumput yang cantik tu,rumputnya yang renek cute tu, bila hujan jadi licin & bergenang je airnyer...jadi aksi sliding ni dikira paling best & 'selamat' dilakukan semasa hari hujan ataupun lepas hujan. Mummy ni nama je perempuan...adik beradik ramai lelaki. Kalau dah main tu, terpacak je sorang2 mummy yang perempuan semuanya hero2 ayah yang 5 orang lagi. Yang kecik dua orang duduk jadi penonton kat serambi rumah. Gaduh tu, tak payah cerita lah. Kita orang ni berhenti bermain bila mak mula angkat 'black belt' yang ada buckle berat tu..Sah2 lah ayah yang punya tali pinggang..mak suruh mandi. Hahahahaha....seronok je..Sekarang ni ade lagi ke mummy nak mandi hujan?...Heheheheh...Baru kelmarin mandi hujan sambil basuh kereta....hubby yang mula2 jual mahal,tak nak ikut. Tapi agaknyer jeles tengok mummy kot last2 join sekali...Terkenang di masa lalu...Seronokkkkkkkkk!!!!!!

No comments:

Post a Comment